Sunday, November 3, 2019

Tahun Baru 2010


Tahun 2009 telah menutup tirainya 2 hari yang lalu. Manakala tahun 2010 telah memulakan langkahnya 1 hari yang lalu. Rasanya tidak perlulah bagiku untuk terus menerus menulis blog dalam English semata-mata, mungkin bahasa Melayu lebih selesa dibaca dan difahami.

Tidak perlu juga mahu merenung ke tahun 2009, tahun yang penuh pancaroba, suka-duka, pahit manis yang menuntut pengorbanan yang tidak terhingga dari segi masa, wang dan penat lelahku. Peranan sebagai seorang insan, suami, ayah, penjawat awam, peniaga, anak dll bersatu dalam diri ini. Untuk membuat yang terbaik untuk satu-satu peranan itu terpaksa mengorbankan komitmen terhadap peranan lain, kadang-kadang dapat kurasakan bebanannya sangat kuat

No comments:

Post a Comment